
Sulit
3 tahun
Kemusykilan simptom covid 19
Anak sy bergejala demam, cirit pada 7hb nov… Sy tlh membuat self test sebyk 2 kali dan keputusan - ve… Pd 1hb nov gejala tersebut tlh hilang dan pd 12hb nov gejala demam, selsema, batuk telah muncul pulak… Adakah kemungkinan anak sy dijangkiti covid 19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa gejala covid 19. Antaranya adalah:
Gejala yang sering:
- Demam
- Batuk
- Kelelahan
- Hilang deria rasa dan bau
Gejala yang tidak sering:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit sendi
- Cirit-birit
- Ruam pada kulit
- Mata menjadi merah dan pedih
Gejala yang serius:
- Kesukaran bernafas
- Tidak boleh bercakap atau bergerak
- Sakit dada
Berdasarkan pernyataan anda di atas, anda menyatakan bahawa anda telah membuat self test sebanyak dua kali dan mendapat keputusan negatif. Oleh itu, gejala tersebut boleh jadi demam biasa yang dialami oleh anak anda. Namun, jika anak anda mengalami gejala-gejala seperti yang saya nyatakan di atas dalam tempoh yang panjang, saya menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini