Sulit
4 tahun
Kemusykilan tentang mengandung
saya gadis berumur 19 tahun, dan saya lakukan sexual tapi air mani itu dilepaskan di luar vagina adekah boleh mengakibatkan mengandung, saya dalam tempoh haid lagii
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang mengandung.
Untuk makluman anda, masih terdapat peratus kemungkinan anda mengandung kerana anda tidak pasti adakah semua air mani tersebut dilepaskan di luar. Dan kemungkinan juga air mazi yang keluar mengandungi sperma. Oleh itu, sekiranya anda mengalami gejala mengandung, sila lakukan ujian air kencing atau pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital.
Saya menasihatkan anda untuk melakukan hubungan seksual yang selamat, dan jika anda adalah pasangan suami isteri yang ingin merancang, dapatkan nasihat perancangan keluarga daripada pakar di klinik.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.





























