
fakhriizzat
6 tahun
Kena chicken pox Masa pregnant
As Salam Doktor. Saya nak tanya, wife saya mengandung 20minggu. Dia dijangkiti cacar air sejak 5 Hari lps. Apakah tahap risiko cacar air itu terhadap bayi dlm kandungan? Apakah tips2(jika ada) untuk mengurangkan apa risiko ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Jika isteri anda pernah menghidap cacar air (chicken pox) sebelum ini, anda tidak perlu risau. Badan isteri anda telahpun mempunyai antibodi terhadap virus ini dan isteri anda mungkin tidak akan terkena jangkitannya lagi.
Cacar air boleh menjadi lebih teruk jika anda dijangkiti ketika sedang hamil, dan anda lebih berkemungkinan untuk mengalami komplikasi yang berbahaya seperti pneumonia. Oleh kerana itu, penting bagi anda memaklumkan kepada doktor jika anda mengalami masalah pernafasan atau simptom-simptom baru yang lain semasa anda menghidap cacar air.
Doktor anda mungkin akan mencadangkan anda mengambil acyclovir, iaitu rawatan anti virus yang mengurangkan simptom-simptom cacar air dan memendekkan tempoh penyembuhan. Tetapi ini hanya boleh berlaku sekiranya rawatan ini dimulakan dalam masa 24 jam daripada anda mula mendapat ruam. Jika usia kehamilan anda di bawah 20 minggu, doktor mungkin tidak mengesyorkannya kerana terdapat risiko ubat tersebut membahayakan bayi dalam kandungan.
Menghidap cacar air semasa hamil tidak meningkatkan risiko keguguran dalam trimester pertama, tetapi masalah mungkin berlaku jika virus ini menjejaskan bayi anda semasa dalam kandungan atau semasa baru dilahirkan. Masalah-masalahnya termasuklah kecacatan semasa lahir seperti parut, masalah mata dan anggota badan yang pendek. Masalah saraf pula bermaksud bayi anda mungkin mengalami masalah dalam sistem pembuangan dan mungkin agak lewat dalam perkembangannya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!