Sulit
4 tahun
Kena covid ke saya?sy Ada gelala covid19 yg sedikit
Sy wanita berusia 37 thn,sy mempunyai tekanan darah tinggi,sy sedang sakit dlm telinga,bengkak,sakit tekak,sakit kepala,dlm mulut terasa mcm tawar/pahit dlm mulut…bila mkn rase tawar je,minum air manis masih rase,masih blh bau…tidak demam…sy takut kena covid 19…perlu ke sy buat saringan covid 19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai tekanan darah tinggi, sakit telinga seperti bengkak disertai dengan sakit kepala dan sakit tekak. Anda bimbang jika keadaan ini merupakan kepada petanda jangkitan COVID-19. Kami akan cuba membantu anda.
Bagi mendapatkan kepastian mengenai kondisi dan status kesihatan anda, kami menyarankan anda untuk melakukan ujian saringan kesihatan bagi mendapatkan jawapan mengenai persoalan anda.
Antara gejala yang perlu dipantau oleh anda apabila dijangkiti COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau dan rasa
Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenal pasti punca masalah serta mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































