
Anonymous
5 tahun
Kena penyakit fungus
Sudah berapa kali jumpa Doctor tapi tak juga sambuh,

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Jangkitan kulat memerlukan rawatan yang agak lama disamping ubat anti-kulat yang bersesuaian. Langkah lain bagi memastikan jangkitan kulat berkurangan ialah dengan menukar pakaian yang baharu atau membasuh pakaian lama dengan air mendidih. Krim sapuan juga perlu dipakai dan ubat makan jika diberikan oleh doktor. Semasa mandi pula, sabun yang bersesuaian juga perlu dipakai. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun di link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.