Sulit
3 tahun
Kena sengatan lebah di tangan
semalam, saya telah terkena sengatan lebah di jari tengah belah kanan saya dan saya sudah mengikat tangan saya dengan getah bagi bisanya tidak merebak ke seluruh tangan.Namun, selepas itu, saya bukak dan harini saya mendapati jari saya yang terkena sengatan lebah telah pun bengkak dan menyebabkan merebak 1 tangn dan kini tangan saya bengkak . apabila waktu malamataupun apabila saya tidur, tangan saya mula berdenyut denyut menyebabkan saya terbangun dan melihat tangan saya berdenyut dan semakin besar bengkaknya. jadi,apakah saya perlu buat bagi mengurangkan bengkak pada tangan saya ? jika taknak bertemu doktor,apakah langkah langkah perlu saya lakukan ? mohon penjelasan tq
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom-simptom reaksi alergi terhadap sengatan lebah ialah:
- kulit kembang dan gatal
- kesukaran bernafas
- Tekak dan lidah kembang
- Nadi lemah
- Mual, muntah dan cirit-birit
- Pening atau pengsan
Kebengkakan yang berlaku pada boleh berpunca daripada sengatan tersebut dan anda perlu untuk pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.