
marliyana91
5 tahun
Kenapa Dah Makan Banyak Tapi Berat Badan Masih Tak Naik?
saya wanita 20-an sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.masalah saya adalah berkaitan berat badan.sekarang berat saya 45kg. bagaimanakah cara untuk saya menaikkan berat badan bagi golongan yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi.apakah amalan pemakanan yang boleh saya amalkan bagi menaikkan berat badan?Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah kekurangan berat badan.
- Masalah genetik atau keturunan.
- Usia yang makin meningkat
- Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
- Kencing manis Jenis 1
- Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
- Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa
Antara langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan berat badan adalah
- Mengamalkan diet yang seimbang untuk menambah berat badan
- Senaman untuk menambah berat badan.
- Membina otot
- Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk menambah selera makan (atas nasihat doktor)
- Zat-zat tambahan (supplemen) yang mengandungi vitamin dan mineral
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.