
Sulit
4 tahun
Kenapa dengan saya ni dok.?
Saya ada masalah bila perut kosong n waktu tu juga saya berasa nak stress²…td saya mandi dalam keadaan yg agak stres rasa mcm susah nafas.saya tenangkan diri sekejap,rasa lega sedikit. Saya duduk sambil tenangkan diri, saya perasan terasa mcm ada angin di dada n sudah naik ke kepala.urut dengan minyak angin terus saya sendawa2…saya ni jenis yg penakut orangnya. Jadi saya pikir yg saya ni tekanan darah tinggi.umo saya baru 25tahun.lagipun saya kuat stres.kadang terfikir jgk bila jadi mcm tu(susah nafas sebab stres) yekew saya ni terlupa nak bernafas? kadang rasa nak kemurungan je. Tapi appointment dengan doktor pakar psikologi lagi 3minggu. Hmm,murung je saya rasa. Saya tahankan je.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda menghadapi masalah sering berasa susah untuk bernafas, lemah semangat, kemurungan, dan sering stres. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh gangguan psikologi atau terdapat masalah kesihatan fizikal seperti gangguan di dalam sistem pencernaan dan lain lain-lain.
Memandangkan anda kerap stress sehingga mengalami gejala pernafasan anda amat disarankan untuk memenuhi temujanji anda dengan pakar psikologi. Namun, sekiranya gejala anda semakin serius, anda boleh mendapatkan nasihatan, rawatan atau bantuan lebih awal.
Anda boleh bercakap dengan doktor kami atau pakar psikiatri secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut atau pandangan kedua.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.