Sulit
3 tahun
Kenapa dengan saya?ubat hospital dh makan tapi sama jgk
Kenapa dengan saya? Pagi2 nak marah sikit je xboleh.dada mesti rasa lain nak bernafas pun rasa laen.dga org berckp pun lagi rasa xselesa nafas(mcm nak marah pun ada). ubat yg hospital bagi saya baru makan 1biji. kadang rasa jgk mcm berputus asa. Ary2 benda yg sama saya hadapi sampai rasa mcm xberguna. Saya dhlh lelaki anak sulung plak tu ade plak masalah mcm ni saya dhlh xbekerja.rasa mcm anak xguna. kadang bila ade serangan mcm ni bila dh reda saya rasa mcm berlari penat dy termengah². malam nak tidur susah plak tu nak tdow. dh menguap tapi mata terbuka jgk. Saya rasa mcm nak menangis. Kadang saya tanya kenapa Tuhan bagi masalah mcm ni pada saya?apa salah saya? jiran yg hati busuk elok je gelak terbahak2? patut dorang lah yg kena.bkn saya. Kadang rasa Tuhan ni xadil. Dari saya kecik sampai besar Tuhan asyik bagi saya ujian je. xpernah pun dpt apa itu “Kebahagiaan” dari tuhan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Dalam keterangan anda menceritakan masalah tekanan yang anda hadapi sehingga anda merasa berputus asa.
Kami akan cuba membantu anda.
Masalah berkaitan emosi dan mental adalah masalah yang kompleks, namun bantuan boleh diberikan dan ianya tidak mustahil untuk pulih. Masalah gangguan emosi yang anda alami tentunya mengganggu anda, dan berdasarkan keterangan, anda telahpun mendapat ubat daripada hospital, dan anda telah makan sebiji ubat tersebut.
Untuk makluman anda, biasanya setiap ubat memerlukan sedikit masa untuk mula bekerja dan haruslah diambil secara konsisten dan patuh seperti yang diarahkan doktor untuk kesan yang maksimum.
Oleh itu, anda disarankan untuk terus mengambil ubat yang diberikan doktor mengikut arahan.
Pada saat ini, anda pasti memerlukan sokongan, oleh itu anda boleh menghubungi agensi sokongan seperti
Talian Kasih hotline di 15999 atau WhatsApp 019-2615999. Atau talian Befrienders di no 03-76272929.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian untuk bantuan lanjut.
Terima kasih.




























