
Sulit
3 tahun
Kenapa gigi saya tampal sakit dan jadi wsrna hitam
hai saya nk tnya . 2 tahun lepas saya pernah tampal gigi atas bahagian hujung sebelah kiri, sebab saya tampal tu gigi tu dokter cakap retak dkat areal gusi . jadi lepas tampal saya tak da mengalami apa2 masalh . tapi baru baru ni gigi saya yg tampal tu sakit makin hari makin sakit . saya tengok dekat cermin. dia jadi mcam hitam gitu… apa sebab nya ya dokter . dokter bagi jalan penyelesaian boleh selain cabut
(2) gigi bongsu saya sebelh kanan pun macam baru nak tumbuh tapi bila saya rasa dia mcam senget . saya boleh tahu sebb rasa macam bergesel dgn pipi ni … itu normal ka .

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami anda mempunyai masalah kesakitan di bahagian gigi yang pernah ditampal dan bertukar warna hitam, serta gigi bongsu yang tumbuh senget, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah gigi sensitif
- Gigi rapuh
- Tidak menjaga kebersihan gigi
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan kuman
- Jangkitan pada akar gusi
- Tampalan tercabut atau telah pecah; perkara ini boleh terjadi dan adalah normal
- Jangkitan pada bahagian gusi ( gingivitis )
Bagi gejala bongsu, gigi bongsu kebiasaannya tumbuh senget, ke tepi ataupun tidak sejajar dan memerlukan pemerhatian lebih lanjut.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor