
Sulit
4 tahun
Kenapa Kemaluan saya sangat gatal
Saya remaja berumur 18 tahun
Saya mengalami kegatalan Yang amat gatal Di Kemaluan saya…
Kebiasaannya ianya datang secara tiba² boleh saya tahu APA punca sebenar masalah Yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kemaluan gatal yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.