
Sulit
3 tahun
Kenapa period saya tidak lama
HI DOC , saya wanita berumur 23 tahun dan sudah berkahwin . Saya ingin bertanya kenapa period saya cuma 2 hari ? sebelum ini okay saja , 21/8/2021 saya first day period , hari pertama dan kedua heavy masuk hari ketiga sampai harini period saya sudah tiada . Period saya teratur je dari dulu takda masalah apa apa. Cuma bulan ini saja saya pelik kerana 2 hari je darah saya . kenapa ye doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya emmahami tentang kebimbangan anda mengenai maslah haid anda. Saya akan cube untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal adalah selama 28 hingga 35 hari manakala haid kebiasaannya berlansung selama 4 hingga 10 hari. Masalah anda ini boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung secara atas talian dengan doktor kami untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapt membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.