
Sulit
3 tahun
Kenapa saya sering berak kerap
Saya lelaki 26 tahun mengalami berak liat dn tidak puas kejadian NIE lebih kurang dekat 1 bulan macm2 ubat saya mkn tapi tidak berkesan ada kah doktor bolh bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kerap membuang air besar. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Masalah penghadaman seperti radang usus
- Jangkitan bakteria di dalam usus
- Ulser usus
- Luka pada dubur
- Usus tersumbat
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda serta pemeriksaan perlu dijalankan.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai masalah keguguran rambut yang dialami.
Kami berharap jawapan kami membantu. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.