
Sulit
4 tahun
Kenapa saya uzur dalam 3 minggu 2 kali. Adakah saya mengalami masahalah wanita
Saya nak tanya soal datang bulan kenapa saya datang bulan dalam 3 minggu 2 kali.
Selalunya sebulan sekali sahaja saya berumur 24tahun adakah saya mempunyai masalah wanita

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid 2 kali dalam waktu tiga minggu. Masalah ini dikategorikan dalam masalah haid tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur dipengaruhi oleh penurunan dan peningkatan kadar hormon dalam badan. Haid tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- normal bagi segelintir wanita - namun, kebanyakan wanita pernah mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka
- Umur (Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja)
- Berat badan dan diet (Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda)
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) (Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang)
- Ubat-ubatan (Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid)
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!