
Sulit
5 tahun
Kenapa tekanan diastolic tinggi tetapi systolic rendah 97/86
wanita 36tahun… sebelum ini 95/67
punca apa dan bagaimana untuk turunkan diastolic .walaupun masih normal saya risau akan makin naik.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bacaan tekanan darah yang anda berikan adalah sangat rendah. Ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Dehidrasi - akibat kurang minum air, muntah atau cirit-birit
- Anemia - kurang sel darah merah
- Kesan ubat - seperti lebih dos ubat tekanan darah tinggi
- Penyakit Addison - kurang hormone steroid
Bacaan diastolik sedikit tinggi dan hal ini kerana bacaan sistolik anda sangat rendah. Bacaan sistolik bawah 110 boleh menyebabkan gejala seperti lemah badan, pening/sakit kepala dan pengsan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.