
Sulit
4 tahun
Kencibg berdarah dua hari berturut turut
Hai dr. Sy wanita berumur 27 tahun mempunyai 2 org anak… 4 hari yang lepas sy mengalami sakit pinggang/perut yg teruk d bahagian kanan. Selepas dua hari sy mendapati kencing sy macam tidak normal. Semalam kencing bedarah 3x dan yg lain adalah jernih. Hari ini kencing berdarah berulang kali. Macam mana nak selesaikan masalah sy dr… Thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Pendarahan haid yang tidak habis
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
- Kecederaan pada organ peranakan
- Sindrom nefritik
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan secara terperinci adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih