
nazir3715
6 tahun
Kencing berbuih Dan berlendir
Saya seorg lelaki umur 45 tahun, dlm sebulan Ni air kencing Saya berbuih & kadangkala keluar air pekat berlendir. Saya seorang pesakit slip disc Dan masalah kolestrol. Sedang memgambil ubat kolestrol. Mohon penerangan dari Dr. Tq

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca kencing berbuih dan berlendir. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Penyakit batu karang di buang pinggang atau punding kencing
- Radang saluran kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
Bagi mengetahui apakah punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut tentang masalah yang anda hadapi perlu kami perolehi. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Sekiranya anda mengalami simptom lain seperti kencing berdarah atau sakit ketika kencing atau sakit pada pinggang, serta demam sila rujuk masalah anda ke klinik atau hospital dengan segera. Terima kasih.