
Anonymous
5 tahun
Kencing berbuih dan sakit bawah perut
Assalamualaikum w.b.t, saya seorang lelaki berumur 19 tahun, seminggu yg lepas saya dijangkiti kuman pada saluran air kencing. Selepas rasa sakit mula hilang, kencing saya berbuih sedikit dan perut saya mengembung dan sakit apabila saya mengurutnya… Saya berasa amat risau sekarang, apa yang saya perlu lakukan? Mohon pencerahan doktor… Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sekiranya anda masih mengalami simptom tersebut ini mungkin bermakna jangkitan saluran kencing (UTI) anda masih ada ataupun dalam fasa jangkitan semula (relapse).
Namun, terdapat juga sebab lain untuk anda mengalami simptom kencing berbuih seperti:
- masalah buah pinggang
- dehydrasi
- air kencing bertindak dengan pencuci ada pada tandas
- lebihan pengambilan makanan berprotein tinggi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih