nursyuhadaismail86
4 tahun
Kencing berbuih selepas buat dtpa gfr
saya baru lepas menjalani dtpa gfr scan buah pinggang. Selepas scan saya memang minum air yang banyak. Malam bile saya buang air kencing saya baru perasan air kencing saya berbuih. Adakah itu normal selepas buat DTPA GFR ye doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umumnya, kencing berbuih bukanlah satu gejala yang merisaukan. Sekiranya ia adalah petanda penyakit, ia adalah petanda penyakit terkait buah pinggang. Memandangkan anda telah melakukan pemeriksaan DTPA GFR, ia adalah bertujuan untuk memeriksa fungsi buah pinggang anda. Maka, anda boleh merujuk hasil pemeriksaan tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat lanjut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.