
Sulit
4 tahun
Kencing berbuih selepas makan
Salam Dr. Saya ingin bertanya…mengapakah setiap kali selepas makan kencing berbuih…tetapi jika hanya minum air kosong .kencing tidak berbuih…adakala jika saya makan dlm jumlah yang sedikit…air kencing kurang berbuih dan buih pula tidak kekal.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kencing berbuih boleh disebabkan oleh:
- Kesan terhadap buah pinggang oleh penyakit MCTD
- Jangkitan kuman buah pinggang ataupun saluran air kencing
- Diabetes
- Protein lebih
- Batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Masih gusar dengan masalah buah pinggang? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.