Sulit
3 tahun
Kencing berdarah & ada keluar ketulan darah
Hai doktor , saya baru saja mengalami masalah kencing berdarah & ada keluar ketulan darah. Sebelum nie memang saya pernah kencing berdarah bahkan dah banyak kali start dari last year. Pergi hospital kerajaan doktor cakap ada bakteria. Tapi kalau dah berulang kali macam nie kenapa ye? Saya rasa lebih dari 10kali
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda tentang masalah kencing berdarah yang anda alami. Untuk maklumat anda, masalah kencing berdarah boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada zakar
- Masalah pendarahan
Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut untuk mengurangkan permasalahan yang anda hadapi:
- Minum air dengan kerap & banyak
- Jangan menahan kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.