
Sulit
5 tahun
Kencing berdarah bagi pesakit jantung
Ayah sy berumur 62 tahun dan pengidap sakit jantung. Kebelakangan ini beliau sering terkena kencing berdarah. Dan telah didiagnose mempunyai batu karang. Bru2 ni beliau berkunjung ke hospital kerajaan dan doc di sana memberitahu tiada apa yg bole mereka lakukan kerana ayah sy penghidap sakit jantung n mempunyai risiko yg tinggi. Sy berasa sagt kecewa dgn jawapan yg telah diberikan dan soalan sy betul kah tiada apa2 rawatan yg bole dilakukan ke atas ayah sy kerana dia sgt menderita setiap kali ingin membuang air. Harap sgt doc dapat membantu saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terdapat banyak rawatan bagi masalah batu karang. Akan tetapi, semuanya bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri dan beberapa faktor lain. Doktor-doktor perlu menimbang tara antara manfaat dan risiko setiap kali sebelum rawatan diberikan. Anda boleh dapatkan konsultasi dari pihak kami atau berjumpa doktor pakar yang lain untuk pandangan kedua.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.