
Sulit
5 tahun
Kencing berdarah dan ada ketulan darah warna merah terang
Saya wanita dalam 20an , saya mengalami kencing berdarah dan ada ketulan darah berwarna merah terang sejak 4-5 hari lalu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada saluran kencing
- Darah haid yang tidak habis
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.