
Sulit
4 tahun
Kencing berdarah dan badan sakit
Saya lelaki berumur 23 tahun saya berase badan sakit kencing pun bercampur darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kencing berdarah. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
- Kecederaan pada organ reproduktif
- Sindrom nefritik
Khuatir masalah ini berlanjutan sehingga memudaratkan kesihatan anda, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan pendapat daripada pakar mengenai masalah anda hari ini!