Anonymous
6 tahun
Kencing berdarah dan berbuih
Saya wanita berusia 28 tahun. Mengalami kencing berdarah sejak 2 minggu. Berbuih. Dah pergi jmpa dr di klinik, kandungan protein dlm urine test 15mg/l. Dr kata mgkin batu karang. Adakah ini menunjukkan masalah buah pinggang juga?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, terdapat pelbagai punca kencing berdarah, antaranya adalah:
- Jangkitan kuman
- Batu karang
- Masalah buah pinggang
- Kecederaan pada kemaluan
- Kanser buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































