
Sulit
4 tahun
Kencing berdarah dan sakit di ari ari
sya malina sya kurg minum air sewaktu berkerja tp dekat seminggu ne kencing sya keruh dan berprotein kemudian sya pergi hospital dah doktor kata tak ada apa2 lpastu hri kencing sya berdarah banyak drh merah tp cair lah dan sakit bila kluar kan air kencing tu…so sekarang apa perlu sya buat sma ada esok ke hospital atau klinik

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu kencing berdarah, keruh dan berprotein selama seminggu.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
- Sindrom nefritik
Khuatir masalah ini berlanjutan sehingga memudaratkan kesihatan anda, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga.
Kami sarankan anda terus ke hospital
Terima kasih.