lovecinta9001
6 tahun
Kencing berdarah dan sakit pinggang
Sy wanita berumur 28 tahun, jumaat lepas sy lakukan prosedur d&c kerana mengalami prolonged menses. Bermula semalam sy sakit pinggang yg sangat sehingga tidak boleh tidur, kemudian pagi ini sy buang air kecil, dan dapati warnanya seperti teh pekat, seperti bercampur darah. Dan kini kedua belah pinggang sy sakit, dan bahagian ari2 juga turut sakit. Adakah ini disebabkan kesan prosedur d&c tersebut atau jangkitan kuman?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.

































