Sulit
4 tahun
Kencing berdarah di penghujung kencing dan pedih di pundi kencing
Saya seorang lelaki berumur 39 tahun…pernah mengalami serangan batu karang 18 tahun yang lalu…batu karang tersebut telah keluar sendiri…dan pada 2017 saya diserang kembali batu karang tersebut…saya maminum ubat dari farmasi dan batu karang tersebut telah keluar sendiri melalui kencing…sejak 1 minggu yang lepas…saya merasa skit pinggang yang pedih…selepas beberapa jam sakit itu hilang…beberapa hari saya mula merasa sakit pada pundi kencing saya selepas kencing…dan pada hari ini sya terasa pedih sangat pada pundi kencing saya…apabila saya kencing…kencing saya yang pertama(depan) adalah jernih…apabila penghujung kencing…air kencing bercampur dengan darah dan pundi kencing terasa sakit…adakah itu disebabkan oleh batu karang…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory disease )
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan punca masalah anda dapat dicari dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Sila jumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Gangguan aktiviti harian atau tidur
- Terdapat cecair yang berbau atau nanah keluar dari kemaluan anda
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Lemah dan lesu
- Hilang selera makan
- Berat turun mendadak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































