
Sulit
5 tahun
Kencing berdarah ketika membuang air kecil
asslammulaikum dan selamat pagi…saya berumur 30 tahun sudah berkahwin suri rumah dan mempunyai anak seorang lelaki bersalin secara czer anak berumur 1 tahun 11 bulan…soalan saya di sini saya baru saja lepas haid pada 14/8/2019 hingga 16/8/2019…saya selalu membuang air kecil selpas bangun dari tidur warna kencing saya berwarna putih bersih…tetapi pagi ini saya heran kenapa saya membuang air kecil lain sikit dari sebelum ini…sebab saya membuang air kecil tadi pagi berwarna darah cair…saya kencing balik yang kedua dan ketiga itu membuang air kecil berwarna putih kembali asal…apakah tanda2,kesan2 dan punca jadi begitu…adakah normal atau tidak…terima kasih doktor sudi baca masalah saya nie

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan haid yang tidak habis
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.