
Sulit
5 tahun
Kencing Berdarah melebihi 2 minggu
Saya pesakit lelaki umur dalam 31 mengalami kencing berdarah bermula 26 disember yang lalu. Setelah berjumpa dengan doktor dimaklumkan saya mempunyai gross hematuria dan tidak mempunyai apa-apa symptoms seperti demam, muntah, darah tinggi, bengkak ataupun kekuningan dimata. Setelah diberi antibiotik amoxycillin selama 10 hari dan urinary alkalinizer untuk 3 hari, saya masih lagi mengalami kencing berdarah tetapi tidak seteruk sebelumnya. Selepas 2 minggu, saya berjumpa dengan doktor lain dan diberi hanya ubat urinary alkalinizer dan selepas meminumnya saya mendapati rasa sakit sedikit dibahagian belakang sebelah kiri dan rasa ketidakselesaan dibahagian pundi kencing dan dibawah bahagian kedudukan prostate menyebabkan kencing sedikit berdarah dipenghujung dan sedikit gumpalan darah halus didalam air kencing saya. Jika keadaan saya normal warna urine saya hanya yellow cloudy dan jika terasa sakit dibahagian pundi kencing/bawah prostate dan sakit perut bawah pusat akan mengalami kencing berdarah. Keputusan x-ray tidak menunjukkan kehadiran batu karang. Minta pendapat doktor untuk membantu saya memahami sakit apa yang terjadi pada saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan salur kencing
- keradangan pundi kencing atau buah pinggang
- masalah buah pingang membengkak dan mempunyai banyak cysta (Polycystic Kidney Disease)
- Masalah buah pinggang (Sindrom Nefritik)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.