Anonymous
6 tahun
Kencing berdarah selepas hubungan intim
Saya suami berusia 36 tahun. Dua kali dalam minggu ini kencing saya keluar darah berlendir bersama air kencing. Keadaan itu berlaku selepas aktiviti hubungan intim dengan isteri. Apakah masalah yang dialami saya?. Mohon pertolongan dan penjelasan serta apakah langkah yang perlu saya lakikan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing berdarah boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada zakar
- Masalah pendarahan
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi lanjut dengan doktor. Jelaskan bahawa anda telah berubat namun gejala masih tetap ada. Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk kerap minum air dan elakkan menahan air kencing untuk mengelakkan gejala memburuk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































