
Anonymous
5 tahun
Kencing bernanah gonorea
Saya mengalami masalah kencing mengeluarkan nanah dan mengalami sakit di situ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut.
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, simtom yang mungkin mereka hadapi pada mulanya adalah rasa pedih ketika membuang air kecil serta keluar cecair jernih, setelah beberapa hari, cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah. Kadang kala, jangkitan merebak hingga ke bahagian epididemis dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian scrotum yang selalunya berlaku pada salah satu bahagian sahaja.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih