
Anonymous
5 tahun
Kencing bernanah.. sakit ketika kencing
saya lelaki berusia 20an. saya mendapati semasa saya ingin membuang air kecil terasa sakit & panas di saluran kelamin saya. apakah harus saya lakukan? adakah patut pergi ke klinik kesihatan awam atau swasta?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah kencing bernanah dan sakit ketika kencing, antaranya:
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia dan gonorrhoea
- Jangkitan pundi kencing atau saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.