Sulit
2 tahun
Kencing bernanah tapi pernah ambil rawatan
Saya pernah kena kencing bernanah tapi sudah ambil rawatan di klinik… Tapi sekarang setiap hari masih ada nanah keluar sedikit, tidak banyak seperti sebelum ambil rawatan… Adakah ini datangnya penyakit lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang gejala kencing bernanah yang masih ada walaupun telah mengambil rawatan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, kencing bernanah biasanya menandakan jangkitan pada saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang. Sekiranya gejala ini masih berlarutan setelah anda selesai rawatan atau menghabiskan ubat yang diberikan, rawatan selanjutnya haruslah dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut. Kami boleh dihubungi secara atas talian untuk membantu anda.
Di harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.