Sulit
5 tahun
Kencing berwarna merah cair
Saya mengalami kencing berwarna merah cair selepas 3 hari sakit pinggang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kencing berwarna merah.
Untuk makluman anda, sekiranya kencing anda berwarna merah, ia adalah petanda kondisi berikut:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Bersukan secara berlebihan
- Masalah prostat
- Kanser prostat
Untuk mengenalpasti masalah anda, saya sangat menyarankan anda untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.
Saya juga mengesyorkan anda segera ke klinik atau hospital sekiranya mengalami gejala berikut:
- Sakit ketika membuang air kecil
- Sukar untuk kencing
- Kencing tersekat sekat
- Kencing yang tidak boleh ditahan
Masih gusar dengan masalah kencing berwarna merah? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.


































