
Sulit
4 tahun
Kencing di kalangan remaja
Assalamualaikum dan Hi doktor, saya remaja perempuan berusia 14 tahun.Baru baru ini, saya kerap kencing malam . Saya berasa malu dan tertekan kerana ini sudah kali ke-2 pada usia ini <tahun ini.Saya juga telah berhasrat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh tapi saya malu sekiranya perkara ini berlarutan sekiranya saya kencing malam disana.Adakah ini disebab genetik? Kerana ada dua orang saudara bapa saya mengalami perkara yang sama sejak usia remaja. Apa patut saya lakukan? Adakah saya patut berjumpa dengan doktor pakar ? Terima kasih doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kencing malam (enuresis) yang berlaku pada kalangan remaja boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Masalah saraf
- Tekanan emosi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.