
Sulit
5 tahun
Kencing keluar benda putih
Saya lelaki, tapi saya pelik time saya bangun tidur pastu bangun gi kencing kat tandas tadi keluar benda putih sedikit, saya rase macam air mani tak tak berbau. 3 jam berselang, saya kencing lagi pastu tiada cecair putih tersebut. Apakah yang berlaku sebenarnya waktu saya kencing pagi tu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah ketika kencing yang anda alami boleh disebabkan:
- Baki kesan air mani/mazi
- Protein lebihan dalam air kencing yang ditapis oleh buah pinggang
- Kesan nanah - jika kencing berasa sakit
- Batu karang yang bersaiz kecil
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.