
Sulit
5 tahun
Kencing keluar darah berketul
Saya wanita berusia 26 tahun, mengalami period cycle yang agak panjang dari 40 ke 60 hari. Period saya akan datang kebiasaannya 2 bulan sekali. Baru baru ini, ketika saya buang air kecil keluar ketulan darah seperti darah period. Darah tersebut hanya keluar ketika saya kencing sahaja. Jangkaan period saya lebih kurang 4 hari lagi. Mohon pendapat Dr. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing
- Trauma pada saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.