
Sulit
3 tahun
Kencing kerap.. adakah perlu untuk menjalani ujian air gula?
sy wanita berumur 32tahun…skrg sy mgalami kencing yg kerap drpd biase hampir 10x dlm mse 24jam… skiranya sy mnum air yg byk sy akn kencing lbih 10x… Utk pgtahuan sy smsa mgandung sy ada gdm… ank sy yg bongsu dh berusia 2thun…pd bulan lepas sy ad mnjalani full blood test dimana hba1c 4.4% dan fsting blood sgar 4.88…adkh sy perlu untuk mnjalani ujian mogtt untuk mnentukan smada ad kncing manis atau x? tq

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap kencing yang dialami. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda MOGTT atau Modified Oral Glucose Toleration Test adalah ujian air gula yang perlu dijalani oleh ibu hamil untuk mengetahui sekiranya mereka menghidapi diabetes ketika hamil (Gestational Diabetes) atau tidak. Prinsip yang sama boleh digunakan untuk indvidu yang lain dengan menggunakan ujian GTT sekiranya didapati perlu oleh seorang doktor.
Selain itu, paras HBA1C yang normal adalah di antara 4 hingga 5.6%. Tambahan lagi, paras gula darah puasa (fasting blood glucose) yang normal adalah kurang dari 5.6mmol/L.
Walau bagaimanapun, kencing yang kerap juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara serius yang lain, yang memerlukan pemerhtaian doktor segera, seperti
- jangkitan saluran kencing
- gangguan fungsi pundi kencing
- penyakit batu karang
- diabetes insipidus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.