
ammarbachok97
6 tahun
Kencing kotor atau bercampur darah
Selamat tengahari doktor,saya student,lelaki,berumur 22 tahun,saya sebelum ini memang ada pengalaman kencing kotor atau pasir.saya dh berjumpa doktor.
Selama beberapa tahun,kini saya merasa sakit dibahagian antara perut dan kemaluan. Kemudian saya kencing terdapat warna air kencing tu lebih pekat seperti ade darah,dan kekadang kencing saya sedikit. Dan saya akan berasa sakit di bahagian pinggang kiri seperti saya pernah rasa dahulu ketika saya kene kencing kotor.
Adakah itu kencing kotor seperti saya pernah alami dahulu?
Harap beri penjelasan ye doktor kerana ia membuatkan saya risau.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman saudara, terdapat beberapa penyebab kencing berdarah. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada salur kencing (kencing kotor)
- Penyakit batu karang
- Jangkitan penyakit kelamin
- Kecederaan
- Beberapa jenis makanan dan ubat boleh memberi warna merah pada kencing anda
- Masalah dehidrasi boleh memberi warna lebih pekat dari biasa serta air kencing yang sedikit
Anda amat disarankan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan bagi masalah ini. Sila ke klinik terdekat atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.