Anonymous
6 tahun
Kencing kotor atau pundi kencing mengeluarkan lendir kekuningan
Pundi kencing saya seriang mengeluarkan lendir berwarna kekuningan dan melekat pada seluar dalam dan apabila saya menekan zakar saya keluar lendir trsebut sedikit…apabila kencing mengeluarkan air kencing berwarna oren keputihan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi oleh suami puan. Untuk makluman pihak puan dan suami, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Lendiran tersebut juga berkemungkinan adalah air mani suami puan
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh suami anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































