
Sulit
4 tahun
Kencing Kotor & Berdarah
Saya seorang lelaki berumur 30tahun. Seminggu yang lepas, saya berasa sakit di perut sebelah kiri dan apabila kencing warna kuning pekat…selepas 3 hari, saya berasa sakit yang teramat dan bila kencing warna hitam dan darah…selepas seminggu, sekarang saya merasa agak sukar untuk kencing dan sakit di bahagian pinggang. Apakah yang perlu saya buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi.
Masalah kencing berdarah boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Masalah pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.