Sulit
5 tahun
Kencing kotor berlarutan
Saya remaja 16 tahun mengalami kencing kotor sejak dua minggu yang lepas , doktor hanya berikan saya ubat tahan sakit , beliau tidak berikan antibiotic , sampai sekarang saya rasa sakit di bahagian bawah abdomen , adakah jangkitan itu masih ada ? macam mana ya doktor
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Pengunaan antibiotik ini bergantung jika seseorang tersebut mengalami jangkitan kuman. Oleh itu, anda digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik berdekatan untuk membuat ujian air kencing. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































