
amalinasheh8
5 tahun
Kencing kotor dan sakit di bahagian bawah perut
Saya wanita berusia 26 tahun dan masih bujang. sebulan yg lepas saya mengalami kencing kotor dan telah pun pergi ke klinik berjumpa doktor. selepas mengambil ubat yang diberikan doktor sakit ketika membuang air kecil berkurang. tapi ada kalanya baru-baru ni saya rasa kencing kotor datang semula. saya disarankan oleh rakan-rakan yang mengalami keadaan yang sama untuk membeli Ural di farmasi. Ural pon saya minum dan sakit tu kadang-kadang datang juga. Dan 2 hari ni saya sakit perut sehingga membawak sakitnya di pinggang. saya mohon pencerahan Doktor apa yang perlu saya buat bagi penyelesaian yng terbaik dan cara untuk saya elakkn rasa sakit yang kerap2 datang. adakah saya perlu berjumpa Doktor semula ? dan pertanyan tentang pengambilan Ural yang berlarutan boleh membawa kesan negatif atau tidak ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, kencing kotor ( urinary tract infection ) dan gejala anda yang lain boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- batu karang pada saluran kencing
- masalah buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.