Sulit
4 tahun
Kencing kotor dan vagina
hr tu sy mengalami ngilu kaki dan panas,sekrang tidak seteruk hari itu,dan selepas itu sy kerap kencing,doktor chek,kencing sy kotor… akn tetapi sy risau rsa sakit d bawah perut dan gatal bahgaian vagina dalam dan skit,apa yg perlu sy buat…
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing kotor, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.


































