Sulit

5 tahun

Kencing Kotor & Kencing Tak Lawas

Salam sejahtera. Saya mempunyai masalah kencing tak lawas selepas berkahwin. Usia perkahwinan saya adalah 6 bulan. Sewaktu bujang, saya tidak pernah mengalami masalah kencing tak lawas dan kencing kotor.

Saya akan terkena apabila selepas bersama dengan suami. Kami pjj. Apabila berada jauh dengan suami. Penyakit tu takkan datang. Saya hanya terkena selepas mengadakan hubungan dengan suami sahaja.
2-3 hari selepas bersama, saya akan terasa perit dekat bahagian pundi kencing dan saya akan terasa nak kencing dalam masa beberapa minit. Sehinggakan tidak ada air kencing yang terkeluar lagi akibat kekerapan membuang air.

Saya sentiasa berjumpa doktor setelah terkena sakit tersebut, para doktor hanya memberikan ubat antibiotik dan ubat lawas kencing. Namun masalah ni tak dapat dirawat sepenuhnya kerana setiap kali bersama suami lagi, sakit yang sama akan berulang.

Saya juga pernah membuat pemeriksaan untuk penyakit batu karang dan hasilnya negatif. Adakah penyakit yang saya alami ni mungkin akibat penyakit kelamin? Saya tidak pernah megadakan seks bebas sebelum kahwin. Saya juga membuat pembacaan mengenai penyakit kelamin. Tiada simptom lain yang sama dengan sakit saya alami. Faraj tidak pernah bengkak atau mengeluarkan lendir. Atau apa sahaja simptom2 penyakit kelamin yang biasa dialami pesakit lain.

Saya hanya akan terasa perit di pundi kencing dan terasa ingintt membuang air kecil tanpa henti. Kebiasaannya setelah membuat pemeriksaan dengan doktor. Sample air kencing menunjukkan positif jangkitan kuman (kencing kotor).

Namun apakah jalan penyelesaian kepada masalah sakit saya ini agar ia tidak lagi berulang. Boleh dikatakan setiap kali sakit saya akan diberikan antibiotik sehinggakan antibiotik yang terakhir kali saya ambil sudah kurang memberikan kesan (kuman mungkin sudah makin kebal).

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saluran kencing wanita mudah terkena jangkitan kuman kerana struktur anatominya. Bahagian yang dinamakan ‘urethra’ menyalurkan kencing dari pundi ke luar badan wanita. Struktur ini pendek dalam wanita dan lebih panjang dalam lelaki. Oleh itu, jangkitan kuman senang berlaku.

Untuk mengelakkan jangkitan kuman ini, anda digalakkan untuk sentiasa minum banyak air. Dehidrasi dan air kencing yang bertakung boleh menjadi sarang pembiakan bakteria. Sekiranya anda mempunyai kencing manis, kuman lebih berpotensi untuk menjangkiti saluran kencing anda. Anda boleh memeriksa kadar gula dalam badan anda apabila melakukan pemeriksaan di mana-mana klinik. Selain itu, anda digalakkan untuk kencing sejurus selepas melakukan hubungan seks. Anda juga boleh minum jus kranberi sebagai langkah pencegahan di rumah. Jus ini akan menyebabkan pH kencing anda asidik dan tidak sesuai untuk pembiakan kuman. Akhir sekali, elakkan melakukan hubungan seks anal dan faraj pada waktu yang sama. Hal ini kerana kuman di bahagian dubur sangat banyak dan sering kali menjadi penyebab jangkitan saluran kuman.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

mengandung-luar-rahim-ektopik

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)