
Anonymous
5 tahun
Kencing kotor sampai kemaluan terasa gatal
Salam amy dah alami 5 hari kencing kotor tetapi sakit semakin kurang sebab saya buat style alami minum air masak banyak .cuma dikawasan faraj tu rase kurang selesa dan gatal.Hari kelima saya ke hospital Berjumpa dokter berserta dapatkan nasihat . Selepas selesai ujian air kencing saya masih ada kencing berdarah dan dokter bagi saya ubat than sakit serchet UTIX
Persoalan selepas saya minum UTIX terdapat kesan sampingan perut saya macam masuk angin, dan kencing saya mengeluarkan cecair halus seperti kahak.Boleh saya dapatkan pencerahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, UTIX merupakan serbuk larut di dalam cecair yang biasa digunakan untuk melegakan iritasi akibat radang pada saluran atau pundi kencing dan juga beberapa keadaan lain. Serbuk ini mengandungi bahan beralkali yang membantu meredakan kesakitan.
Sebagaimana ubat lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan seperti gangguan sistem pencernaan. Berkenaan gejala yang anda alami iaitu kembung dan kencing yang abnormal. Terdapat kemungkinan ia disebabkan oleh jangkitan kencing tersebut, kesan sampingan ubatan atau disebabkan oleh masalah lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.