
Anonymous
2 tahun
Kencing kotor yang berlanjutan
Saya wanita berumur 29 tahun. Saya mengalami penyakit kencing kotor dimana sudah 5 klinik sy cuba untuk mendapatkan rawatan…tetapi masih belum pulih…doktor telah mengambil ujian air kencing sy dan ujian darah utk mngetahui sama ada sy mmpunyai masalah buah pinggang ataupun tidak…pada permulaan nye sy kerap kencing pd waktu siang…tp 2minggu selepas tu…sy kerap kencing pd waktu mlm…sy risaw dan sangat sedih…kerana mcm-mcm ubat dah sy makan…tp keadaan masih lg sama…sy sangat2 mintak tolong doktor untuk menerangkan pd sy…berapa lamakah penyakit kencing kotor selalunye mengambil masa untuk pulih?..dan sekiranya sy ingin ke hospital…dengan doktor bahagian apakah perlu sy rujuk?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing kotor, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Berkenaan dengan soalan jangka masa untuk pemulihan kencing kotor ialah bergantung kepada punca berlakunya kencing kotor. Sekiranya punca dapat dikenal pasti melalui ujian air kencing dan darah anda, rawatan yang sesuai boleh diberi kepada anda. Biasanya doktor pakar bahagian urologi akan merawat gejala yang anda alami.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih