
fasyaabdullah
6 tahun
Kencing manis dan insulin
Saya ingin tanya berkenaan insulin, jika ada pesakit dgn NG feeding tiap 3 jam akhir feeding jam 12 malam dan mula semula jam 6 pagi tp mengalami kadar gula yg rendah sekitar 3.4 2 hari berturut hanya pada waktu sebelum feeding jam 6. Berapa unit insulin perlu saya bagi? Currently 14 unit sekali sehari waktu malam shj.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, umumnya unit insulin diberikan berdasarkan carbohydate counting, iaitu pengambilan jumlah carbohydrate yang diambil oleh pesakit. Selain itu, unit insulin yang disarankan oleh doktor juga bergantung kepada keberkesanan insulin dalam badan setiap individu dan ini adalah berdasarkan bacaan gula yang dicatatkan setiap hari, Cadangan untuk unit insulin yang baharu haruslah berdasarkan pemantauan bacaan gula yang teliti sepanjang masa ini dan mengetahui punca yang menyebabkan perubahan bacaan gula tersebut.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan cadangan unit insulin yang baharu, kita memerlukan maklumat yang selanjutnya mengenai pesakit tersebut. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan konsultasi yang terperinci. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.