
Sulit
4 tahun
Kencing manis gula tidak menurun
Saya sejak akhir ii ini gula semakin meningkat sehingga berbelas ii tinggi nya … jadi saya mula exercise selama sebulan tanpa berenti … tapi keadaan gula saya masih belas ii … kenapa ye doktor?? Boleh bantu saya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebiasaannya selepas seseorang disahkan menghidap kencing manis, doktor akan memberi rawatan sama ada melalui ubatan ataupun nasihat dari segi pemakanan atau gaya hidup. Perlu diketahui bahawa pelbagai perkara dan kondisi boleh menyebabkan para gula meningkat. Sebagai contoh:
- Jika anda mengunakan insulin, cara pengendalian insulin yang salah seperti cara suntikan
- Jika anda mengambil ubat atau insulin, dos anda mungkin tidak bersesuaian
- Tidak mengamalkan diet yang dinasihatikan oleh pakar diet
- Mengalami jangkitan
- Stress
- Pengambilan ubat
- Mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.